berita

Viral Kisah Budak 12 Tahun Didakwa Cuba Gantung Diri Akibat Tekanan PdPR, Bapa Beri Penjelasan

July 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Facebook

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang bapa telah memuat naik beberapa foto memaparkan anak lelakinya sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila dia mendakwa ada segelintir individu telah memanipulasikan gambar tersebut dengan dakwaan kanak-kanak itu cuba menggantung diri sebelum diselamatkan oleh seorang rider penghantar makanan.

Dakwa budak tertekan PdPR gantung diri

Foto: Facebook

Difahamkan individu tidak bertanggungjawab itu menerusi kapsyen di Facebook mendakwa kanak-kanak berusia 12 tahun terbabit cuba menggantung diri pada pokok di hadapan rumahnya kerana tekanan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dakwanya lagi, mangsa dipercayai bertindak sedemikian akibat tertekan kerana perlu menjaga adik di rumah selain sering dimarahi oleh kedua ibu bapanya.

Panjat basikal gantung diri dekat pokok lepas tu dia sepak basikal jauh-jauh. Kali dah kejang, mulut dah berbuih dan terkencing. Nasib baik abang Food Panda lalu tolong.

Bapa dakwa anak jatuh buaian

Foto: Facebook 

Berikutan daripada isu yang telah viral, bapa kepada kanak-kanak berkenaan telah tampil ke balai polis menafikan dakwaan tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, lelaki itu mendakwa anaknya telah dimasukkan ke wad kerana terjatuh dari buaian di hadapan rumah dan bukannya menggantung diri seperti yang didakwa segelintir netizen.

Satu laporan polis penafian diterima pihak kami petang tadi daripada seorang lelaki berusia 40 tahun berhubung kenyataan tular di media sosial berhubung gambar anaknya yang ditahan di hospital. Namun dia turut menyatakan gambar anaknya di atas katil di wad diambilnya sendiri sebelum ditularkan.

Bukan itu sahaja, dia juga menafikan anak lelakinya itu mengalami sakit akibat tekanan PdPR. Menerusi perkongsian terbaru di Facebook, bapa kepada kanak-kanak ini meluahkan rasa syukur akhirnya anak lelakinya itu dibenarkan discaj dari hospital.

Abah dan ibu dah tak larat nak nangis lagi, setiap kali nak lelap mata, kamu ada dalam fikiran abah dan abah akan fikir tragedi yang menimpa kamu. Cukuplah sekali ni je titik hitam yang jadi dekat kamu, abah dah tak nak kali kedua atau ketiga.

Posting asal bapa

Dakwa netizen buat spekulasi

Anak dah discaj

Sumber: Harian Metro, Facebook

SKIP THIS AD ×