berita

Viral Kisah Pelajar Kahwin Dengan Cikgu, Gadis Kongsi Bibit-Bibit Cinta, Rupanya Tak Bertepuk Sebelah Tangan!

March 10th, 2021 | by Shahira
Video Popular

Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Begitulah yang dapat digambarkan bagi hubungan yang terjalin antara seorang guru lelaki dan pelajarnya. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian ramai sehingga viral di media sosial.

Bibit-bibit cinta di sekolah

Pelajar perempuan yang dikenali dengan nama Enjelin Lensenia telah membuka mulut menceritakan bibit-bibit cinta yang terjalin bersama guru sekolahnya. Menurut Enjelin yang berasal dari Indonesia memaklumkan mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 2016 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah menengah. Siapa sangka, ketika Enjelin berusia 18 tahun, guru terbabit telah menaruh harapan kepadanya sebelum meminta nombor telefon untuk dihubungi.

Suami diam-diam memerhati dan mendekati saya.

Pada awalnya, Enjelin mengakui agak takut untuk membalas mesej tersebut kerana risau gurunya itu sudah berkahwin. Namun setelah ditanya, guru itu mengakui sebenarnya dia masih bujang dan belum berpunya. Sejak daripada itu, hubungan mereka mula akrab.

Dia melayan saya seperti seorang kekasih tapi pada ketika itu status kami belum bercinta. Akhirnya, saya bertanya kepadanya mengenai status hubungan itu. Dan dia mengakui kami sedang bercinta.

Akhirnya buat keputusan bernikah

Jelasnya lagi, walaupun sudah tamat persekolahan, lelaki tersebut tidak terus melamarnya untuk mendirikan rumah tangga. Sebaliknya dia sanggup menunggu Enjelin selama dua tahun setengah supaya remaja itu dapat membuat persediaan dan menyesuaikan diri terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.

Sepanjang tempoh tersebut, Enjelin berpeluang menikmati masa mudanya bersama rakan-rakan selain mencari kerja dan memperoleh gaji dengan hasil titik peluhnya sendiri. Namun, setelah hampir tiga tahun menyulam cinta, pada November 2019, Enjelin dan bekas gurunya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Ketika itu, Enjelin berusia 21 tahun.

So sweet!

@tahugejrot0808&lt3 ##myteachermyhusband? original sound – ?????? – ?????

@tahugejrot0808umur hanya angka, dan yg penting kita sama sama single BUKAN duda/janda, dan BUKAN SUAMI ORANG HEHE #midnite #fypindonesia #fyp? #fyp #couplevideos? original sound – Sera


Sumber: Tribunnews, Tahugerjrot0808

SKIP THIS AD ×