berita

Viral Kisah Suami Isteri ‘Terpisah’ Di ICU, Bapa Dua Anak Disahkan Meninggal Dunia

November 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kisah keluarga Fatin Atikah Munzahit dan suami, Aizameen Haqim telah viral di media sosial apabila pasangan ini terpaksa terpisah selepas masing-masing dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka. Lebih menyedihkan apabila kedua-dua anak pasangan ini turut mengalami masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan: Suami Dalam Koma, Isteri Baru Habis Pantang Kena Jangkitan Kuman & Dimasukkan Ke ICU

Terbaru, sepupu pasangan ini yang dikenali dengan nama Emmy Farhany Ahmad menerusi akaun Facebook miliknya memaklumkan bahawa Aizameen telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka.

Al-fatihah

Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap ilahi. Sama2 kita doakan kesejahteraan arwah. alfatihah. Kuat tau dik Fatin Elika Elisya. Along tau ko kuat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Emmy berharap agar orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Susulan daripada berita tersebut, Harian Metro turut melaporkan bahawa bapa kepada dua anak ini telah menghidap asma yang kronik dan mengalami masalah paru-paru pada 30 Oktober yang lalu. Namun, pada hari ini (13 November 2020) sekitar jam 1:47 tengah hari, Aizameen disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Salam takziah

Sumber: Emmy Farhany Ahmad, Harian Metro

SKIP THIS AD ×