Sebelum ini, tular di media sosial lukisan mural tidak ‘senonoh’ yang dilukis di dinding Balai Seni Sasaran Art Galery Kuala Selangor. Menerusi lukisan tersebut dapat dilihat tiga watak yang cuba ditonjolkan oleh individu berkenaan.
Lukisan tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet berhubung lukisan tersebut yang disifatkan tidak wajar ditambah pula dengan umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.
Kertas siasatan dibuka
Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada itu, menerusi satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, menjelaskan satu laporan telah dibuat oleh orang awam dan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan.
Siasatan awal telah dijalankan di mana pada 12 April 2021, satu projek seni telah dimulakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor. Persatuan tersebut telah membuat permohonan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor berkenaan projek lukisan ini pada Mac dan telah mendapat kelulusan pada 22 Mac.
Bagaimanapun, ketika itu pihak berkenaan sama sekali tidak menjelaskan bentuk lukisan yang bakal dilukis pada bangunan itu. Sehingga kini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjelaskan lukisan tersebut sama sekali tidak menghina mana-mana pihak.