berita

Viral Surat Kiriman Persoal Bunyi Azan, Polis Buka Kertas Siasatan

April 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Media sosial 

Di media sosial, tular sepucuk surat yang didakwa ditujukan kepada sebuah masjid di Bandar Bahau yang memberi teguran ‘mesra’ berikutan bunyi bising dipercayai azan yang akan berkumandang setiap kali masuknya waktu.

Tidak berakhir di situ, pengirim surat tersebut juga mempersoalkan tentang kehadiran jemaah yang datang solat di situ dan boleh menjadi punca kepada peningkatakan kes Covid-19 yang semakin bertambah saban hari.

Buka kertas siasatan

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu menerusi satu kenyataan media oleh Ibu Pejabat Polis Jempol, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung surat tersebut yang didakwa telah mengecam dan memaki hamun orang Melayu. Jelas Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Tambahnya lagi, pihaknya sudah memanggil individu yang dipercayai berbuat demikian sebelum surat itu viral di media sosial.

Kandungan surat itu mendakwa keadaan bunyi kuat dari masjid dan menjadi tempat ramai orang berkumpul sehingga boleh menyebabkan penularan Covid-19 selain memaki hamun orang Melayu. Pihak jawatankuasa masjid membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap kiriman surat terbabit.

Pada masa yang sama, pihak polis turut memberikan peringatan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menggangu ketenteraman awam dan tidak mengambil sebarang tindakan terburu-buru.

Kiriman surat penuh

Sumber: Ibu Pejabat Polis Jempol

SKIP THIS AD ×