berita

Viral Trend Solat ‘Jemaah’ Dengan Kipas, Pendakwah Bebas Beri Teguran – ‘Jangan Pilih Agama Sebagai Bahan Jenaka’

May 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: TikTok

Tak dinafikan, hari demi hari, ada sahaja trend terbaharu di TikTok yang menjadi ikutan orang ramai meskipun ianya bercanggah di sisi agama Islam.

Seperti baru-baru ini, viral satu trend iaitu menunaikan solat fardu tetapi diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas dan video berkenaan rata-ratanya dimuat naik oleh individu berstatus bujang.

‘Agama lebih bernilai daripada segalanya’

Foto: Instagram Iddin Ramli

Menerusi video viral di aplikasi TikTok memaparkan individu lelaki mahupun wanita bujang merakam video mereka ‘berlakon’ sedang mendirikan solat bersama kipas yang dipakaikan telekung atau baju melayu. Tindakan mereka itu seolah-olah mahu merasai bagaimana solat bersama pasangan seperti suami isteri.

Terbaharu, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Iddin Ramli terpanggil untuk memberi pandangan berhubung trend yang viral itu. Menurut Iddin, trend tersebut dianggap mempersendakan ibadah dan agama Islam itu sendiri. Jelasnya lagi, agama bukanlah satu bahan jenaka yang boleh dilakukan oleh mana-mana individu semata-mata mahu mencari populariti atau viewers.

Agama lebih bernilai daripada segalanya. Takkan lah sebab secebis view dan komen, kita sanggup korbankan kemuliaan agama, gadaikan dan hina agama kita. Kalau nak berjenakan carilah benda lain. Banyak lagi benda lain yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Nak tarik orang tengok content kita. Nak buat orang terhibur tergelak dan sebagainya. Banyak lagi betul tak? Jangan pilih agama sebagai bahan jenaka. Ini bukan mendidik orang jaga solat. Tapi mendidik orang untuk meremehkan solat. Melihat solat sebagai bahan jenaka. Tak ada kemuliaan pun pada solat.

Komen

Sementara di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan pendapat Iddin. Malah mereka berpendapat content sebegitu agak melampau selain akui tidak sangka ada segelintir umat Islam sanggup mempersendakan agama demi populariti semata-mata. Mereka juga saling menasihati orang ramai dan diri sendiri supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Sumber: Iddin Ramli

SKIP THIS AD ×