berita

Viral Video ‘Backup’ Suami Pakistan, Anggota Polis Dimaki & Dikasari, Dua Individu Ditahan Reman

June 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bersama suaminya warga Pakistan sedang bertengkar dengan beberapa anggota polis yang sedang menjalankan tugas mereka di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, kedua-dua individu terbabit telah ditahan oleh pihak polis.

Tak puas hati polis buat pemeriksaan

Berdasarkan video berdurasi 2 minit kelihatan seorang wanita seakan tidak berpuas hati kerana pihak polis menahan dia dan suami sedangkan dia mendakwa orang lain dibenarkan melepasi pemeriksaan. Tidak terhenti di situ, suspek wanita yang berusia 42 tahun ini juga bertindak meninggikan suara sebelum mengasari anggota polis yang bertugas. Di samping itu, dia juga sempat menuduh anggota polis mengambil passport milik suaminya.

Berikutan daripada itu, pasangan suami isteri terbabit telah ditahan kerana menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis. Difahamkan, ketika pemantauan itu dilakukan, suspek wanita telah memulakan provokasi dengan mempersoalkan pemeriksaan yang dilakukan dan bertindak merampas dokumen suaminya dari tangan anggota polis.

Semasa pemeriksaan, suspek wanita berusia 42 tahun melakukan provokasi malah merampas dokumen lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pihaknya juga menemui surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) disyaki palsu yang digunakan oleh pasangan ini. Berikutan daripada kejadian ini, pasangan suami isteri terbabit telah ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×