berita

Viral Video Budak 9 Tahun ‘Drive’ Kereta, Pemilik Kenderaan Disaman Polis

September 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun memandu kereta di kawasan Kampung Bongek, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Je Budak 9 Tahun Ni ‘Drive’ Kereta Ronda Kampung

Susulan daripada itu, pihak polis telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik kereta berkenaan.

Pemilik kenderaan disaman

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata pihak mereka terus menjalankan siasatan untuk mengenalpasti pemilik kenderaan. Hasil daripada maklumat yang diperoleh, pihak mereka telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kereta berkenaan yang juga merupakan bapa kepada kanak-kanak terbabit.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu memandu kereta tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya di Kampung Bongek di sini.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak. Dalam pada itu, Anuar mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu ini selain berharap agar orang ramai akan sentiasa membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×