Foto: Sinar Harian
Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan beberapa individu termasuklah Menteri Hal Ehwal Agama menaiki pesawat mewah dan dipercayai menuju ke Arab Saudi. Perkongsian yang berkapsyenkan ‘Alhamdulillah. Mewah perjalanan orang-orang agama kita ini ya’ telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Terbaru, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi akaun Twitter miliknya telah memberi penjelasan berhubung video tersebut.
Video viral naik pesawat
Saya cuma mendapat makluman berkenaan video yang telah tular, beberapa ketika tadi. Melihat komen dan kenyataan yang dikeluarkan, perlu bagi saya untuk menyatakan beberapa penjelasan.
Rujuk bebenang. https://t.co/8uVWRNhoiZ
— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) April 13, 2021
Penjelasan Dr Zulkifli
Menurut Dr Zulkifli, dia bersama beberapa individu lain telah menaiki penerbangan Saudia Airlines dari Kuala Lumpur menuju ke Riyadh atas jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah iaitu YM Putera Faisal Bin Salman. Jelasnya lagi, penerbangan lawatan kerjanya juga itu telah ditaja sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia.
Ditaja sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia
Dr Zulkifli menjelaskan bahawa semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang lawatannya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja sepenuhnya oleh MWL. Dalam kesempatan itu, beliau menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan dia menyalahgunakan duit rakyat untuk menaiki pesawat mewah adalah tidak benar sama sekali.
‘Saya maafkan tuduhan tersebut’
Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri