berita

Viral Video Dua Gadis Bertumbuk Berebut Teman Lelaki – ‘Mereka Remaja Bawah Umur’

November 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara berebut teman lelaki, dua orang gadis sanggup bergaduh dan bertumbuk sehingga mereka akhirnya disiasat oleh polis. Rakaman pergaduhan mereka telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Gaduh berebut teman lelaki

Menerusi video berdurasi 15 saat itu memaparkan dua orang gadis dari Indonesia ini sedang berbalas tumbukan sambil disaksikan oleh individu lain yang berada di tempat kejadian. Berikutan daripada video viral, pihak polis kemudian cuba menjejaki kedua-dua gadis berkenaan termasuklah individu yang merakam dan memuat naik video itu di media sosial.

Difahamkan, pada awalnya pihak polis tidak tahu apakah punca pergaduhan itu sehinggalah sesi soal siasat dijalankan. Ketua Polis Buleleng, Andrian Pramudianto memaklumkan selepas disoal siasat, kedua-dua gadis terbabit mengaku bergaduh kerana berebut teman lelaki.

Difahamkan, pergaduhan dan perselisihan faham berpunca daripada teks pesanan ringkas yang dihantar menerusi telefon bimbit oleh kedua-dua gadis terbabit. Menurut sumber, kedua-dua gadis itu juga merupakan remaja bawah umur. Oleh itu, ibu bapa mereka telah dipanggil dan diingatkan agar kejadian sama tidak berulang.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×