berita

Viral Video Gaduh Di McD, Pemandu Kenderaan Ditahan Polis Bantu Siasatan

October 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial insiden pergaduhan yang berlaku di kaunter drive thru McDonald’s cawangan Rawang. Difahamkan, perselisihan berlaku apabila pelanggan tidak berpuas hati dengan kaedah pembayaran yang dibuat menggunakan pay wave.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pekerja Diserang Pelanggan Di Kaunter Drive Thru, Ini Respon McDonald’s

Terbaru, lelaki yang bertindak menyerang pekerja McDonald’s dilaporkan sudah ditahan polis bagi tindakan lanjut.

Sudah ditahan polis

Pemandu tersebut telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan dia didapati mengalami kecacatan mental. Siasatan terperinci masih  dijalankan. Pergaduhan melibatkan pemandu dan dua kakitangan restoran.

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pemandu kenderaan yang terlibat dengan pergaduhan telah ditahan polis. Tambahnya lagi, pergaduhan berlaku apabila pemandu bertindak menyerang petugas kaunter terlebih dahulu.

Tambahnya lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Sumber: RTM , Info Roadblock JPJ/Polis The Star

SKIP THIS AD ×