berita

Viral Video Lelaki Didakwa ‘Libas’ Bayi, Rupanya Gaduh Sebab Salah Faham Penjagaan Anak

April 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sebelum ini, tular sebuah video di laman Twitter, di mana seorang saksi mendakwa seorang lelaki telah bertindak ‘melibas’ seorang bayi sebelum bertindak membelai bayi tersebut setelah aksinya dilihat oleh orang lain.

Menerusi video yang berdurasi 10 saat itu, memaparkan pasangan suami isteri yang dipercayai sedang bertengkar sambil memangku seorang bayi di dalam sebuah kereta. Video tersebut bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Salah faham berlaku

Foto: Tangkap layar video

Susulan daripada itu, lapor Harian Metro insiden pergaduhan tersebut yang berlaku di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai penjagaan anak. Jelas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar pasangan berkenaan sudah tampil ke Balai Polis Sri Petaling bagi menjelaskan apa yang telah berlaku.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai penjagaan anak. Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati mereka supaya membuat laporan polis, namun mereka enggan berbuat demikian dan sudah berdamai sebelum beredar dari balai.

Pada masa yang sama, pihaknya turut menafikan komen-komen netizen yang mendakwa pihak polis tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling. Dakwaan netizen (warganet) adalah tidak benar sama sekali.

Tidak berakhir di situ, Anuar turut menitipkan pesanan mesra kepada orang ramai dalam memberikan komen yang boleh menjatuhkan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya lebih berhati-hati.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×