artis kaki pukul

Viral di media sosial mengenai rakaman video seorang lelaki berpakaian seragam memukul isterinya di sebuah flat di Sungai Udang.

Artikel Berkaitan: Suami Baran Tergamak Belasah Isteri Sampai Buta & Bocor Kepala, Anak 8 Bulan Tak Dapat Disusukan

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Tahan Sabar Sikap Panas Baran Suami, Lisdawati Akui Setiap Rumah Tangga Ada Ujian

Ugut untuk bunuh

artis kaki pukul

 

 

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, video berdurasi 32 saat itu viral sejak semalam menerusi satu hantaran dengan pautan di aplikasi X.

Ujar Zainol, pihaknya mendapati kejadian itu berlaku pada 15 Disember lalu dan satu laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 38 tahun kerana dipukul oleh suaminya seorang anggota tentera.

Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang dan kejadian itu berlaku di sebuah flat di kawasan berkenaan. Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, berdasarkan kepada laporan mangsa, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, berdasarkan rakaman itu, kedengaran suara seorang wanita merayu-rayu supaya suaminya bertenang dan menyelesaikan isu antara mereka secara baik.

Bagaimanapun, suaminya yang memakai uniform lengkap tetap berkeras dan menjerit mengarahkan isterinya masuk ke rumah dengan suara yang tinggi.

Lebih mengejutkan, lelaki itu didakwa turut mengugut untuk membunuh isterinya dan kelihatan memegang sesuatu dan mengacukan kepada mangsa. Kelihatan juga beberapa jiran cuba menenangkan keadaan, namun tidak dihiraukan oleh lelaki itu.

Sumber: Harian Metro