Foto: Astro Awani
Baru-baru ini viral beberapa video dan foto di media sosial memaparkan sekumpulan mangsa banjir bertindak memecah masuk sebuah Mydin Mart di Sri Muda, Shah Alam untuk mencari makanan demi kelangsungan hidup.
Terbaru, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin memberi respon berhubung insiden terbabit.
‘Saya menghalalkan mereka’
Foto: Harian Metro
Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan dia menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup. Jelasnya lagi, meskipun dia tidak menyokong perbuatan mencuri namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.
Dalam kesempatan itu, beliau memohon agar rakyat Malaysia memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa banjir terselamat dan bencana banjir serta pandemik kembali pulih seperti biasa.
Difahamkan, cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian lebih jutaan ringgit.
Kenyataan Rasmi
Sumber: Mydin