berita

Viral Video Motosikal Kejar Kenderaan 4 Roda, Polis Tahan 4 Suspek Bantu Siasatan

March 23rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial video memaparkan aksi beberapa buah motosikal mengejar sebuah kenderaan pancuan 4 roda berhampiran Bulatan Pahang. Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki tersebut semalam.

Mengejar kereta tak puas hati

Video berdurasi dua minit 38 saat itu memaparkan  beberapa motosikal dilihat mengejar dan mengepung sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan berhampiran Bulatan Pahang. Dalam video berkenaan, beberapa motosikal terbabit yang dinaiki sekumpulan lelaki berjaya menahan kenderaan pacuan empat roda berkenaan sebelum kenderaan itu dibaling menggunakan objek dipercayai helmet.

Tindakan itu menyebabkan cermin di bahagian penumpang kenderaan pacuan empat roda berkenaan pecah dan pemandunya dilihat keluar dari kenderaan itu sambil menghunus parang sebelum dilihat beredar dari lokasi beberapa saat kemudian. Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 42 tahun di beberapa lokasi sekitar ibu kota ini bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Punca salah faham

 

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham berkaitan halangan sebuah motosikal ke atas kenderaan pacuan empat roda di Lorong Haji Hussin, Chow Kit.

Semua suspek yang ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 25 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang sedia ada.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tambahnya lagi, kesemua suspek negatif dadah selepas dilakukan ujian air kencing ke atas mereka. Kes masih disiasat dan pihak polis meminta agar orang awam  tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×