Semalam viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal didakwa sengaja melanggar seorang wanita yang berdiri di sampingnya. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan pantas pemandu kereta jenis Proton Persona yang bertindak menghalang penunggang motosikal ini.
Langgar berkali-kali
Terima kasih kereta yang sanggup stop & halang demi membantu wanitah ni. Allahu tak puas pulak tengok dia kena gitu je. Nak macam budak sekolah agama yang hentak muka dan sepak tu laaa
pic.twitter.com/OksnvPlh7O— Your Mother ?? (@jeppppppppppp_) February 3, 2021
Berdasarkan video yang dikongsikan di Twitter memaparkan seorang lelaki sedang menaiki motosikal sementara seorang wanita berada disampingnya. Kejadian ini dikatakan berlaku di depan Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.
Pada awalnya, kedua-dua individu ini kelihatan seperti sedang bertengkar dan tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan dipercayai bertindak agresif dengan melanggar wanita terbabit beberapa kali. Walau bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Persona yang melalui kawasan itu telah memberhentikan kenderaannya untuk menghalang tindakan penunggang motosikal terbabit. Ahli anggota RELA yang berada di kawasan tersebut akhirnya berjaya menangkap lelaki ini.
Penjelasan Abang Pesona
Susulan daripada insiden ini, seorang lelaki yang dipercayai merupakan pemandu kereta Proton Persona itu tampil menjelaskan bahawa kes tersebut dikatakan diselesaikan secara aman dan tidak melibatkan pihak polis. Malah, kedua-dua individu ini juga didakwa telah pulang bersama-sama menaiki motosikal terbabit.
Netizen puji tindakan pantas Abang Persona
Sumber: Twitter