berita

Viral Video Pelajar 12 Tahun Hampir Pengsan Selepas Vaksin, Rupanya Tidur Lewat & Tak Sarapan

October 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki yang hampir pitam selepas dipercayai baru sahaja menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang, Melaka. Video tersebut bagaimanapun, telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Tidak bersarapan terlebih dahulu

Ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman pelajar tersebut mengalami pening berikutan tidak bersarapan sebelum mengambil vaksin.

Memang ada kes pelajar ini pening, difahamkan kerana tidak bersarapan kerana takut. Namun selepas diberikan makan, dia berada dalam keadaan baik.

Remaja berkenaan kemudiannya dibawa oleh anggota Rela untuk masuk ke dalam PPV bagi menerima rawatan susulan.

Kejadian ini melibatkan seorang remaja berumur 12 tahun dari sekolah rendah di Melaka yang hadir secara walk in bersama keluarga. Pemeriksaan Pegawai Perubatan bertugas mendapati keadaan remaja ini adalah stabil dengan tekanan darah dan paras oksigen dalam darah adalah normal.

Hasil siasatan lanjut mendapati, remaja ini telah tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi. Kejadian ini disahkan berlaku disebabkan gementar, kurang tidur dan tidak mengambil sarapan sebelum vaksinasi.

Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×