berita

Viral Video Pelajar SPM Gigih ‘Study’ Dalam Banjir, Netizen Kata ‘Jimat Masa Tak Perlu Pergi Tandas’

March 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Memandangkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula esok, kebanyakan para pelajar mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Tak dinafikan, bencana banjir yang melanda di negeri-negeri pantai Timur sememangnya menjadi satu cabaran besar buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Masa banjir pun masih ‘study’

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar gigih menghadiri sesi ulang kaji di sekolah meskipun pada ketika itu air banjir sudah paras lutut. Menerusi ruangan kapsyen, pelajar terbabit mendakwa dia dan rakan-rakannya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk terus mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan SPM bakal menjelang tidak lama lagi.

Tetap lah belajar kawan, SPM dah tak lama.

Menerusi video tersebut kelihatan seorang pemuda memakai baju putih berjalur merah dipercayai adalah tenaga pengajar sedang berdiri di hadapan kelas untuk menerangkan sesuatu di papan tulis sambil didengari oleh beberapa orang pelajar yang lain.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 400k tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon SPM terutamanya bagi mereka yang berada di negeri yang sedang dilanda banjir. Bukan itu sahaja, kebanyakan netizen juga mendoakan agar urusan calon-calon SPM dipermudahkan.

Video

Komen netizen

Sumber: Mad_eddy

SKIP THIS AD ×