berita

Viral Video Pengantin Gimik Guna Ambulans, Ini Respon Pengarah KKM

December 29th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial video dua ambulans digunakan untuk membawa pengantin lelaki dan perempuan ke dewan majlis. Video berdurasi lebih kurang 2 minit ini menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang berbangga dengan gimik yang dilakukan oleh pengantin itu yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Gimik bawa pengantin

Pihak KKM mendapati bahawa kedua-dua ambulans yang digunakan adalah ambulans swasta dan majlis tersebut adalah majlis peribadi, bukan majlis rasmi KKM. Pihak pengantin telah menyewa ambulans terbabit.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihak pengantin telah menyewa sewa ambulans swasta. Tambahnya ia merupakan majlis peribadi, bukan majlis rasmi pihak KKM.

Pengantin merupakan Penolong Pegawai Perubatan (PPP)


Pengantin lelaki adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang baru selesai program penempatan wajib dan dalam ‘gimik’ tersebut pengantin tiba dalam ambulans yang disewa.

PPP berkenaan berhasrat untuk mengabdikan kenangan bagi perkahwinan beliau dengan menggunakan ambulans dan pakaian bertugas beliau. Hakikatnya, petugas-petugas ini bangga dalam tugas mereka dan menggunakan majlis perkahwinan untuk mempamerkan perasaan ini dalam majlis bersejarah mereka.

Dalam video tersebut, pengantin lelaki bertindak sebagai PPP yang membawa pengantin perempuan dari dalam ambulans dan kemudiannya menuju ke arah pentas persandingan.

PPP berkenaan berhasrat untuk mengabdikan kenangan bagi perkahwinan beliau dengan menggunakan ambulans dan pakaian bertugas beliau.

Masyarakat tidak salah membuat tanggapan

Petugas-petugas ini bangga dalam tugas mereka dan menggunakan majlis perkahwinan untuk mempamerkan perasaan ini dalam majlis bersejarah mereka.

Pihak KKM berharap masyarakat terutamanya dalam media sosial tidak tersalah membuat anggapan kerana ambulans yang digunakan adalah bukan ambulans KKM dan disewa dari pihak swasta. Majlis perkahwinan adalah majlis persendirian petugas PPP tersebut dan berlangsung dengan cuti yang diluluskan.

Dalam pada itu, pihak KKM berharap agar masyarakat dan media sosial mendapat gambaran yang jelas akan fakta sebenar tentang perkara ini .

Sumber : Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×