berita

Viral Video Penghantar Makanan Ditumbuk & Ditendang, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

August 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang rider penghantar makanan dimaki, dipukul dan ditumbuk oleh seorang pelanggan. Tindakan tidak berperikemanusiaan individu berkenaan telah membangkitkan kemarahan orang ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lepas ‘Naik Angin’ Di Kaunter Pembayaran, Lelaki Ini Didakwa Buat Hal Dengan Rider Pula!

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro ada menceritakan kejadian sebenar yang berlaku antara penghantar makanan dan individu terbabit.

Penghantar makanan ditendang

Pada awalnya, penghantar makanan yang berusia 34 tahun itu telah pergi ke homestay terbabit untuk menghantar pizza yang dipesan oleh pelanggannya itu. Tetapi secara tiba-tiba, pelanggan (suspek) keluar dari rumah dan terus memarahinya sebelum bertindak menumbuk muka serta menendang mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, mangsa yang ketakutan terus ke balai polis untuk membuat laporan berhubung dengan kejadian yang menimpanya.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan sejak sebulan lalu mahu menghantar pizza yang dipesan suspek.

Bagaimanapun, ketika tiba di kawasan kejadian, mangsa menghubungi suspek untuk pengesahan alamat kerana alamat yang diberikan di dalam aplikasi WhatsApp ada sedikit kekeliruan sebelum berjaya menemui rumah yang didiami suspek namun dia (suspek) keluar dan memarahinya.

Gara-gara lambat pulangkan baki wang

Walaupun pesanan sudah sampai di hadapan pintu rumah, suspek yang berusia 33 tahun itu memberitahu yang dia enggan membeli makanan tersebut sebelum menyerahkan semula kepada mangsa. Hal ini terjadi selepas suspek ‘hilang sabar’ kerana mangsa lambat memulangkan baki wangnya. Dalam keadaan yang agak tegang, suspek mengambil semula wang berjumlah RM50 itu.

Mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan melemparkan wang di atas lantai.

Seterusnya, mangsa juga meletakkan wang baki di atas lantai sebelum beredar tetapi suspek meminta mangsa mengambil kembali wang itu tetapi mangsa tidak mahu dan disebabkan itu suspek memukul serta menendang mangsa.

Lebih mengejutkan apabila suspek bertindak agresif apabila dia cuba menjatuhkan motosikal milik mangsa namun mangsa sempat mempertahankan dirinya dengan memukul suspek dengan topi keledar. Pertelingkahan itu akhirnya berjaya dileraikan oleh pemilik rumah berkenaan. Menurut pihak polis, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×