Boleh dikatakan setiap hari akan ada berlakunya kemalangan jalan melibatkan pelbagai jenis kenderaan. Namun menurut statistik, kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal paling banyak direkodkan setiap tahun.
Viral di media sosial satu rakaman video seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tercampak selepas melanggar kenderaan yang berhenti di lampu isyarat. Memang laju!
Terbang tiba-tiba
Terbang bai! pic.twitter.com/yiBJePnZ9m
— ???Apx²³ ??? (@Tsgxy_) December 28, 2020
Video berdurasi kurang dari seminit itu menyaksikan sebuah motosikal berkuasa tinggi kemalangan di simpang lampu isyarat. Video tersebut dirakam dari kamera dashcam dari sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat. Apa yang menarik perhatian ramai adalah motosikal itu dilihat melambung dari arah bertentangan arus sehingga penunggang tersebut tercampak jatuh.
Brek rosak
Menurut seorang individu yang dipercayai merupakan kenalan mangsa, dia dimaklumkan bahawa penunggang motosikal itu mengalami masalah brek pada motosikalnya sehingga menyebabkan dia melayang ke arah bertentangan arus. Tambahnya lagi, pada ketika itu, dia tidak sempat meurunkan gear rendah selepas mendapati brek pada motosikalnya kosong.
Walau bagaimanapun, mangsa selamat dan mengalami kecederaan patah di tulang bahu. Di ruangan komen rata-rata melahirkan rasa simpati dengan kemalangan yang boleh dikatakan agak ngeri itu.
Seram betul
Sumber : Apx