berita

Viral Video Tembak Anjing, Persatuan Haiwan Malaysia Tawar RM2k Buat Orang Awam Salur Maklumat

November 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan RM2,000 kepada orang awam yang mempunyai maklumat sahih berhubung seorang lelaki yang dipercayai menembak anjing dengan senapang seperti yang viral di media sosial.

Belum menerima maklumat terperinci

Menerusi laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, memohon kerjasama masyarakat agar tindakan susulan boleh diambil terhadap pelaku tersebut.

Buat masa ini, kita belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kecuali video yang tular. Kami mengalu-alukan orang ramai khususnya perakam tidak kira keluarga, rakan atau jiran terdekat lelaki di dalam video berkenaan untuk menyalurkan maklumat dengan menghantar kiriman Whatsapp Hotline Animal Malaysia di talian 01120901097 dengan segera. Maklumat itu juga boleh disalurkan kepada pihak berkuasa supaya pelaku diambil tindakan jika benar dia melakukannya.

Di samping itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) iaitu R Kalaivanan memaklumkan bahawa pihaknya sudah menerima banyak kiriman video berkenaan pelaku tersebut hari ini. Namun, belum ada saksi atau mana-mana individu yang tampil memberi maklumat terperinci. Tambahnya, tindakan menembak anjing dengan senapang adalah kejam dan tak berprikemanusiaan, jika ia benar-benar berlaku .

Siapa beri kuasa?

Siapa beri kuasa kepada pak cik untuk menembak anjing terbiar? Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM menerima satu video di mana seorang lelaki menembak anjing dengan senapang. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lokasi masih di siasat. Anjing yang menjadi sasaran penembak dipercayai telah terkena tembakan kerana raungannya jelas kedengaran melalui rakaman video itu. Sama ada anjing tersebut sedang merana dalam kesakitan ataupun sudah terkorban masih menjadi satu tanda tanya.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM meminta kerjasama saksi yang mempunyai maklumat sahih tentang kejadian ini atau kenal pelaku untuk menghubungi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM di 016 266 2007 (Whatsapp sahaja). Identiti saksi akan dilindungi. Tolong tampil ke hadapan dan bantu kami untuk menangkap pelaku kejam ini. Jika berjaya didakwa, hukuman berat menanti pelaku di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 iaitu denda maksima RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Tolong viral-kan post ini untuk sama-sama kita menyebarkan kesedaran tentang kezaliman tidak perkemanusian.

Terdahulu, viral sebuah rakaman video berdurasi 0:24 saat yang menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan rumahnya sambil memegang senapang sebelum menembak haiwan dipercayai anjing. Walau bagaimanapun, wajah pelaku terbabit tidak kelihatan di dalam rakaman video itu dan identitinya belum dapat dipastikan sehingga kini.

Pada masa yang sama, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia turut memberitahu bahawa hukuman berat bakal menanti pelaku sekiranya bersalah. Pelaku juga akan didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 iaitu denda maksima RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro & Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×