berita

Viral Video Tiga Beranak Didakwa Minum ‘Racun’, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis

July 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa memberi minum racun kepada isteri, anak lelaki serta dirinya sendiri disebabkan ‘tertekan’ dengan penularan pandemik Covid-19.

Berikutan daripada itu, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun ini untuk membantu siasatan.

Beri isteri, anak minum racun

Foto: Sinar Harian

Menerusi laporan yang dipetik daripda Sinar Harian, lelaki tersebut dipercayai telah meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap pemimpin kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19. Bukan itu sahaja, lelaki ini turut mendakwa dirinya sangat tertekan dengan keadaan masa negara kini sebelum bertindak meminum cecair di dalam botol yang dipercayai racun sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, susulan daripada itu, lelaki berkenaan bersama isterinya telah ditahan oleh pihak polis.

Video berdurasi 16 minit itu menunjukkan suspek mendakwa telah memberi minum racun kepada isteri, anak berusia dua tahun dan dirinya sendiri dalam sebuah kenderaan.

Perlakuannya ditunjukkan di dalam video tersebut dan hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Seremban.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan awal mendapati, suspek mengaku tindakannya itu gurauan semata-mata dan cecair yang diminum bukan racun. Menurut sumber, kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo, Berita Harian

SKIP THIS AD ×