berita

Viral Video TikTok Wanita Kena Cabul Sekumpulan Lelaki Dalam Kereta Polis, Tak Sangka Perakamnya Adalah…

January 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh sekumpulan lelaki. Lebih mengejutkan apabila kejadian itu dipercayai dilakukan suspek di dalam sebuah kereta polis.

Mangsa gangguan seksual

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan daripada Tribunnews, kejadian tidak bermoral tersebut berlaku di negara Indonesia. Ketika kejadian, mangsa yang didakwa berada dalam keadaan mabuk telah diganggu oleh beberapa lelaki. Malah, ada di antara mereka tergamak merakam aksi tidak senonoh itu. Berdasarkan video pendek berdurasi 01:13 saat memaparkan mangsa berada di dalam kenderaan yang dipercayai kereta polis telah dipeluk oleh suspek.

Mangsa dikatakan berada di antara dua lelaki di bahagian tempat duduk belakang sementara seorang lagi lelaki berada di tempat duduk hadapan sambil merakam aksi tersebut. Bukan itu sahaja, kedengaran juga suara suspek sedang tertawa. Menurut sumber, tidak lama selepas itu muncul lagi suspek lain di lokasi kejadian.

Mangsa pada ketika itu berada dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak bermaya. Bukan itu sahaja, separuh daripada pakaiannya juga dikatakan sudah ditanggalkan oleh suspek.

Polis ambil keterangan lima individu

Video yang viral ini turut dikaitkan dengan kisah seorang mangsa yang menggantung diri Kabupaten Boalemo, Provinsi Gorontalo tetapi pihak polis telah menafikan dakwaan tersebut. Hal ini kerana, mangsa yang membunuh diri itu adalah seorang pelajar manakala mangsa gangguan seksual ini adalah seorang pekerja kafe.

Berikutan daripada insiden itu, seramai lima orang individu telah ditahan oleh pihak polis untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Hasil daripada siasatan mendapati, tindakan tersebut dilakukan sekumpulan lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol. Menurut sumber, tindakan itu dipercayai dirakam oleh anggota polis yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan, anggota polis tersebut kini dikatakan berada dalam proses tindakan disiplin.

Sumber: Tribunnews,Tribun Sulut

SKIP THIS AD ×