Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang juga merupakan penumpang bas ekspres dipercayai ‘dirasuk’ makhluk halus ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
Dipercayai dirasuk, menari
Menerusi video pendek yang dikongsikan kelihatan wanita berkenaan sedang duduk di dalam bas sambil menari. Meskipun wanita terbabit seakan tidak sedarkan diri tetapi lenggok tarinya yang begitu gemalai membuatkan keadaan pada ketika itu menjadi lebih seram. Menurut sumber, insiden tersebut berlaku di Gua Tempurung ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Wanita terbabit dipercayai ‘dirasuk’ ketika bas berada di kilometer 317 menghala ke utara.
Alhamdulillah, mangsa pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R Simpang Pulai.
Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 770k tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman seram yang pernah dilalui mereka. Malah tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa kawasan di Gua Tempurung, Perak menyimpan banyak kisah misteri dan seringkali berlaku kemalangan jalan raya membabitkan kematian yang mengerikan.
Netizen kongsi kisah seram
Sumber: Penang Kini