berita

‘Virus Tak Memilih Orang..’ – MB Perak Minta Rakyat Henti Salahkan Ahli Politik

October 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, angka pesakit dijangkiti Covid-19 di Malaysia makin meningkat susulan daripada beberapa kemunculan kluster. Orang ramai mula menuding jari ke arah ahli politik gara-gara Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung baru-baru ini.

Terbaru, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta rakyat tidak terus menuding jari menyalahkan golongan tertentu khususnya ahli politik.

Jangan panik

Menurut Ahmad Faizal, ini kerana penularan wabak itu tidak memilih mangsa mengikut pangkat dan darjat seseorang. Tambahnya lagi, apa yang penting adalah rakyat perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak itu.

Saya harap rakyat tidak terus panik kerana kita melihat di media sosial ada yang (terus) marah pada orang politik (apabila wabak meningkat).

Sebenarnya virus ini tidak memilih sama ada orang itu Presiden Amerika Syarikat atau orang biasa. Bukan salah satu golongan atau orang ini dan orang itu, ia boleh menjangkiti sesiapa pun.

Dalam perkembangan lain kerajaan negeri setakat ini tidak bercadang untuk mengikut beberapa negeri lain dalam memperketatkan aktiviti sosial dan perniagaan sejurus peningkatan wabak. Kerajaan negeri akan sentiasa memantau untuk memperketatkan aktiviti perniagaan atau sosial, perhimpunan dan sebagainya mengikut keperluan.

Wabak dilihat tertular melalui satu kawasan ‘enclose’, jadi jika rakyat meneruskan SOP dengan menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan dan menjaga kebersihan wabak ini boleh kita kawal.

Jadi, saya melihat semua perkara yang ditetapkan melalui SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini kekal buat masa sekarang.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×