Mungkin ramai yang tak tahu hari ni di United Kingdom (UK) telah berlangsungnya hari terbuka untuk melawat Masjid atau ‘Visit My Mosques Day’ di mana semua orang tak kira bangsa dan warna kulit dijemput hadir untuk menikmati suasana bila berada di dalam Masjid.
Selain tu, orang ramai juga dapat tahu bahawa Islam sebenarnya adalah agama yang mengajarkan kita tentang perdamaian, sayang menyayangi dan respect antara satu sama lain.
Sesi suai kenal dan merapatkan hubungan antara bangsa dan agama
Baru-baru ini sebuah Masjid di Texas, Amerika Syarikat telah dibakar oleh anti-Islam. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan ramai orang. Anti-Islam semakin meningkat sejak perlantikan Donald Trump sebagai pemimpin baru.
Oleh itu, pihak di UK ambil keputusan untuk membuat hari terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin datang melawat, mengenali kawan baru di Masjid. Dan ia nya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Lihat sahaja foto-foto di bawah ni.
Cantiknya masjid!
Lihat bila anaknya memakai tudung
Arkitektur, Kaligrafi yang sangat unik
Jumpa kawan baru
‘Terima kasih kerana terima kehadiran saya’
Sumber: BBC, Twitter