Lantang bersuara mengenai isu kekejaman Israel, usahawan sensasi, Vivy Yusof mendedahkan ada pihak yang menjauhkan diri daripadanya disebabkan niat murninya itu.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Dedah Sempat Ke ‘Shopping Mall’ Selepas Peroleh Pasport Sementara Untuk Tunai Umrah – ‘Saya Terkejut Ramai Tegur Nak Peluk’
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof & Fadza Percaya Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama, Mahu Jalani Kehidupan Normal Demi Tersayang
Lantang bersuara
Menerusi hantaran di Instagram Story, Vivy juga mengakui tindakannya menyatakan sokongan kepada Palestin menyebabkan perniagaan diganggu.
Selama lebih setahun, saya lantang tentang boikot. Ramai orang menjauhi saya, dan cuba menjatuhkan saya dan juga jenama saya. Tetapi saya mendapat lebih banyak ujian selepas itu.
Walau bagaimanapun, Vivy mengakui tidak gentar dengan gertakan diterima kerana percaya rezeki datang datang dari Allah.
Tetapi tiada apa yang perlu ditakutkan. Rezeki datang dari Allah, bukan mereka. Teruskan melakukan apa yang anda rasa betul.
Sementara itu, menerusi satu siri hantaran pada entri sama, Vivy turut mendedahkan dia tidak lagi menggunakan kosmetik yang menyokong Israel.