Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof tampil bersuara mengenai permohonan dirinya dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara waktu.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof & Fadza Percaya Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama, Mahu Jalani Kehidupan Normal Demi Tersayang
Vivy luah rasa syukur
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Vivy berpendapat berita tersebut tidak sepatutnya diketahui oleh orang ramai.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Vivy Sofinas Yusof ini meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudah.
Sangat berharap perkara seperti ini tidak diketahui semua orang, ‘but it is what it is’.
Alhamdulillah untuk hari ini, Vivy dan suami bersyukur.
Ke ‘shopping mall’ dari mahkamah
Sementara itu, Vivy turut berkongsi dirinya dan suami sempat singgah ke pusat membeli belah untuk membelikan hadiah tahun baharu buat anak-anak mereka.
Apa yang mengharukan usahawan itu ialah, ramai orang awam yang menegur dan mendoakan yang terbaik buatnya dan suami.
Selepas selesai di mahkamah, kami pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli hadiah tahun baharu untuk anak-anak kami.
Lama tak ke pusat membeli-belah, dan sangat terkejut hari ini apabila ramai orang menghentikan kami untuk memeluk dan bertanya khabar.
Ada juga yang bertanya sama ada kami baik-baik saja malah ada seorang wanita berkata dia sentiasa mendoakan saya dalam solatnya.
Kebaikan benar-benar ada di mana-mana.
Terdahulu, mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vivy dan Fadza untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah.
Imbas kembali, Vivy dan Fadza mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah dengan melakukan transaksi sebanyak RM8 juta di Bukit Damansara pada tahun 2018.
Vivy dan Fadza dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Hakim, Rosli Ahmad kemudiannya membenarkan Vivy dan suaminya diikat jamin sebanyak RM100,000 setiap seorang dan menetapkan 22 Januari 2025 sebagai sebutan semula kes.
Vivy dan Fadza juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa mereka kepada pihak mahkamah.
Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.
Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).
Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.
Sumber: IG Story Vivy Yusof