Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof ingin menjual semua koleksi beg tangan mewah miliknya dengan tujuan sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan: ‘Waitress Ingat Vivy Yusof Ke Melalak?’ – Hanis Zalikha
Artikel Berkaitan: Suami Vivy Yusof Buang Dompet Jenama Mewah Tanda Sokongan Kepada Palestin
Let go handbag
Mengakui berat hati untuk melepaskan, Vivy, 36, berkata, dia mula mengumpul koleksi beg tersebut sejak 20 tahun lalu dengan usaha kerasnya sendiri.
Tidak pernah menjangka harinya akan tiba. Semua beg ini mempunyai makna untuk saya sejak dahulu lagi.
Saya kumpul beg-beg ini selama 20 tahun dengan usaha dan titik peluh sendiri. Tetapi saya harus melepaskan juga.
Saya akan simpan satu yang paling ada nilai sentimental, tetapi kebanyakkannya saya akan jual.
Saya akan sumbang sebahagian hasil jualan kepada Palestin.
Dalam pada itu, Vivy memberitahu, dia akan memuat naik gambar serta harga setiap koleksi beg di sebuah akaun yang memang diwujudkan khas menjual barang terpakai miliknya iaitu @vivy_preloved.
Sementara itu, di ruangan kapsyen, usahawan tersebut berkata, versi dirinya yang terkini tidak lagi menggayakan beg jenama mewah berkenaan.
Koleksi berharga saya yang berkhidmat untuk saya dengan baik, tetapi saya yang baharu ini tidak lagi menggunakan mereka (beg). Harap anda boleh memberi mereka rumah yang baik.
Sumber: Instagram