Usahawan sensasi Datin Vivy Yusof lebih tenang menjalani kehidupan secara privasi tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof ‘Private’ Akaun Instagram, Serik Kongsi Kisah Hidup – ‘Menikmati Kehidupan Peribadi Yang Baru’
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Syukur Selesai Tunai Umrah Dengan Suami
Muhasabah diri
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof, 37, akui banyak penambahbaikan setelah memilih untuk mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
Era ini telah beri saya banyak reflection.
Untuk menjadi ibu, isteri, kawan, anak dan kakak yang lebih baik.
Dalam pada itu, Vivy akui sesungguhnya Allah maha mengetahui yang terbaik buatnya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang.
Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
Susulan daripada kes tersebut, Vivy difahamkan memilih untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih tertutup tanpa berkongsi sebarang kisah peribadi dengan terperinci.
Sumber: Instagram @vivyyusof