Kempen Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dirasmikan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Kejuruteraan MAB, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut turut dilancarkan logo, maskot dan lagu VM2026 yang mencerminkan visi Malaysia untuk meningkatkan kedudukannya dalam pelancongan global.
Turut hadir Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
VM2026 target tarik 35.6 juta pelancong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika perasmian bahawa VM2026 menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pelawat antarabangsa dan menjana pendapatan sebanyak RM147.1 bilion.
Bayangkan betapa meriahnya Malaysia nanti apabila pelancong dari seluruh dunia membanjiri setiap ceruk dan pelosok negara.
Fuh, bukan sahaja boost ekonomi tapi confirm penuh peluang kerja untuk rakyat Malaysia. Dari hotel sampai gerai tepi jalan, semua bakal rasa hasil dia!
Ni bukan kempen suka-suka tau, ni kempen yang bakal buat Malaysia jadi sebutan dunia.
Konsep ‘Malaysia yang unik, kenek-kenek udang’ diketengahkan
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Datuk Seri Anwar siap puji lagi konsep ‘Malaysia yang unik, kenek-kenek udang’ ni sebab katanya sangat dekat dengan rakyat Malaysia, terutama sekali generasi muda.
Tak cukup dengan tu, VM2026 juga menunjukkan komitmen Malaysia untuk lindungi alam sekitar dan hidupan liar apabila Beruang Matahari dijadikan sebagai maskot dimana ia simbol pemuliharaan negara kita!
Malaysia pengerusi ASEAN
Kerajaan juga akan mempersiap peranan semua wilayah dan negeri supaya menjadi destinasi pelancongan pada tahun ini dan tahun depan susulan Kepengerusian ASEAN 2025 – 2026 oleh Malaysia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu ada negeri yang tersisih daripada menerima manfaat sektor pelancongan negara.
Beliau turut meminta kerjasama rentas kementerian dalam usaha meningkatkan keupayaan sektor tersebut.
Malah, MOTAC turut diminta untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing ke dalam negara dan mengurangkan keluaran asing rakyat Malaysia.
So, korang dah ready ke belum nak sambut pelancong seluruh dunia? VM2026 ni bukan je peluang untuk boost ekonomi, tapi satu celebration untuk budaya, alam semula jadi dan rakyat Malaysia sendiri!
Bersedia jadi hos terbaik dan tunjukkan yang Malaysia memang Truly Asia! Jom kita gegar dunia!