Sudahkah korang bersedia untuk menjadi duta pelancongan pada tahun 2026? Kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia memang all-out dengan kempen VM2026 kali ini. Kempen ni bukan sekadar promosi biasa, tapi ia sebahagian daripada agenda nasional yang bertujuan untuk boost industri pelancongan.
Malah, kempen ini juga bakal cipta peluang pekerjaan, naikkan imej Malaysia di mata dunia dan bantu sektor lain seperti hospitaliti, pengangkutan, peruncitan dan makanan.
Logo VM2026 yang lebih ‘fresh’
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan global.
Paling cool, logo ni bukan je dilancarkan secara rasmi tetapi terus terpampang pada pesawat Malaysia Airlines, Batik Air dan AirAsia.
Ini pertama kali dalam sejarah ketiga-tiga syarikat penerbangan utama Malaysia menampilkan logo kempen secara eksklusif, pastinya gandingan mantap untuk tarik pelancong dari seluruh dunia!
Disebalik lagu VM2026 yang ‘catchy’
View this post on Instagram
Acara pelancaran juga menampilkan lagu tema rasmi VM2026 yang bertajuk ‘Surreal Experiences’.
Lagu ni memang catchy dan menggambarkan keunikan pengalaman pelancongan di Malaysia. Confirm jadi siulan dan akan jadi antara tarikan utama kempen ni.
Untuk pengetahuan korang, lagu tema VM2026 memilih sebuah lagu rakyat perkahwinan Melayu. ‘Kenek-Kenek Udang’ ialah lagu rakyat Malaysia yang digubah oleh lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lirik korus lagu ini ditulis dalam dialek Melayu Negeri Sembilan dan sering dinyanyikan semasa majlis perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Dengan memberi nafas baharu, ‘Surreal Experiences’ menonjolkan bagaimana warisan budaya boleh menjadi bahasa sejagat yang mengalu-alukan semua orang untuk menikmati keindahan dan perpaduan negara ini.
Beruang Matahari Malaya comel sebagai maskot
Maskot rasmi kali ni ialah Beruang Matahari Malaya, spesis yang berasal dari Malaysia ini bukan je comel tapi penuh makna sebab ia melambangkan usaha Malaysia dalam pemuliharaan hidupan liar!
Ia tampil dengan versi jantan (Wira) dan betina (Manja) bagi mewakili keterangkuman dan kepelbagaian.
Maskot ni bukan setakat hiasan, tapi direka dalam bentuk animasi yang confirm tarik perhatian semua peringkat umur. Cute gila, kan?
Apa yang bakal buat pelancong melekat lama?
Pastinya, pelancong yang datang ke Malaysia akan jatuh cinta dengan negara kita. Mana tidaknya, negara kita miliki banyak destinasi rare dan hidden gems untuk diterokai seperti kampung tradisi, hutan Sarawak dan banyak lagi.
Dari Taman Negara sampai pesta Gawai, VM2026 akan penuh dengan aktiviti budaya dan pengalaman ekopelancongan yang akan buat pelancong rasa dekat dengan alam.
Malah, setiap rakyat Malaysia diangkat jadi ‘duta pelancongan’! Pemandu teksi, seniman jalanan, dan rakyat biasa semua ada peranan untuk kongsi kisah Malaysia dengan dunia.
Kerjasama besar-besaran!
Pertukaran Memorandum Kolaborasi (MoC) dengan rakan strategik utama iaitu Malaysia Aviation Group, AirAsia, Batik Air, Malaysia Airports Holdings Berhad, Huawei, Mastercard, Shangri-La Kuala Lumpur, Marriott International, MATTA (Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) dan MAH (Persatuan Hotel Malaysia) turut diumumkan.
Kerjasama ni bakal memastikan pengalaman pelancong lebih lancar dengan teknologi inovatif, perjalanan mudah dan promosi eksklusif.
Kerajaan juga mensasarkan 35.6 juta pelawat antarabangsa dan kutipan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion menjelang akhir 2026.
Dari bandar meriah hingga pantai tenang, setiap sudut Malaysia sedia menyambut pelancong dengan mesra dan selamat.
Jadi, apa tunggu lagi? VM2026 dah dekat! Bersedia untuk pengalaman paling surreal dan memorable di Malaysia!