Sebagai seorang teman baik, pelakon Puteri Sarah Liyana sentiasa memberi sokongan kepada aktres Bella Astillah yang diuji dengan penceraian.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Kongsi Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Kamu Tahu Melepaskan Itu Indah’
Artikel Berkaitan: ‘Bella Masih Sedih & Tak Boleh Terima Kenyataan Tapi Dia Cuba Menyesuaikan Diri’ – Puteri Sarah
Hiburkan Bella
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, memuat naik tangkap layar perbualannya dengan Bella di aplikasi WhatsApp.
Tangkap layar tersebut memaparkan Bella menyatakan hasrat untuk menghubungi Puteri Sarah.
Puteri Sarah menyatakan bahawa dia menghubungi Bella hanya untuk menghiburkan pelakon drama Leha, Leya Lawa itu.
Saya hiburkan hari awak, awak ketawa tak?
Ke awak nangis?
Saya memang suka hiburkan kawan-kawan saya.
Meskipun tidak menyatakan apakah kandungan perbualan mereka, namun Bella dilihat geli hati dengan seloroh Puteri Sarah.
Tersembur saya tau.
Sangat terhibur.
Terdahulu ini, Puteri Sarah pernah memaklumkan bahawa Bella masih berada dalam fasa terkejut selain masih cuba menerima kenyataan perceraiannya dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Selain itu, dia juga berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.
Dalam perkembangan lain, Aliff dan Ruhainies yang hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.
Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.
Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum itu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu.
Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat. Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Sumber: IG Puteri Sarah