Menumpang kasih sayang bapa saudara sejak kecil, dua anak lelaki Rita Rudaini menganggap Pak Long dan Pak Su mereka adalah seperti bapa kandung. Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna bertuah kerana mempunyai bapa saudara yang penyayang.
Bersempena sambutan hari bapa semalam, Rita Rudaini mewakili anak-anak mengucapkan syukur dan terima kasih di atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Kasih sayang mereka tiada sempadan
View this post on Instagram
Harini adalah HARI BAPA. Anak-anak tak pernah lupa wish untuk saya, paklong dan paksu dorang. Paklong dan Paksu bagi mereka itu lah ‘bapa’ dari kecik kasih sayang tak pernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara. Apa yang anak mereka dapat, anak saya pun akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pon anak-anak saya. Kasih sayang mereka tiada sempadan. Walaupun mereka hanyalah seorang bapa saudara budak-budak kecik ni akan ingat siapa yang selalu bersama mereka. Budak-budak akan kasih dan suka orang yang kasih kan mereka.
Selamat hari bapa paklong, paksu
Anak-anak saya cukup bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan mengambil berat umpama anak sendiri. Walaupun berjauhan tapi anak-anak saya tetap ingat dan sering ucap rasa rindu kalau lama tak jumpa. Sering sebut kalau ada apa-apa. Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap ‘bapa saudara’ dorang ni memang pure love. Senyuman dan mata bahagia dorang dapat saya rasa. Wahai anak. Ingatlah jasa mereka bila besar nanti. Jagalah mereka seperti bapa sendiri. Itu pesan saya pada mereka selalu. Kasih sayang mereka takleh diganti dengan wang ringgit dan harta benda. SELAMAT HARI BAPA kepada paklong @d4nimuz7 dan paksu @neves7727. Ryan dan Arjuna adalah anak-anak yang paling bertuah dapat merasa kasih seorang ayah lebih dari satu. Terima kasih TUHAN.
Kasih sayang melimpah ruah, tiada kurangnya
Orang ramai yang turut sebak membaca ucapan tersebut mendoakan semoga kedua anak teruna ini membesar menjadi anak yang soleh. Mereka juga bersyukur anak-anak ini membesar dalam suasana yang dilimpahi kasih sayang walaupun hanya dari bapa saudara.
Sumber : Rita Rudaini