Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli ada memuat naik beberapa keping foto bersama adik-beradiknya di laman Instagram sehingga berjaya menarik perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Iqbal Nak Ganti Justin Bieber Buat Konsert Di Malaysia
Artikel Berkaitan: ‘Staf Turun Guna Tangga, Saya Guna Lif’ – Rasa Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia, Iqbal Tak Berani Nak Tidur Seorang Diri
‘Anak pungut’
Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal yang manis mengenakan pakaian sedondon berona biru muda bersama adik-beradik perempuannya mempersoalkan sejauh manakah persamaan wajah mereka.
Adik beradik saya, tiga orang tiada dalam gambar. Seorang sedang di pelamin. Orang cakap muka kami semua berbeza, betulkah?
Pun begitu, apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh salah seorang netizen di ruangan balas.
Menurut individu tersebut, dia mendakwa pelantun lagu Hujan itu merupakan ‘anak pungut’ memandangkan wajahnya sangat berbeza dengan adik-beradiknya yang lain.
Saya rasa Iqbal ini anak pungut. Yang lain sepesen (sama) je muka. Iqbal seorang je lain.
Tidak mudah melatah, usahawan berusia 29 itu menjelaskan ketika di usia kecil dia pernah terguris hati apabila dikatakan dirinya ‘anak pungut’. Namun setelah dewasa keluarganya turut mengakui wajahnya berbeza dengan adik-beradik yang lain.
Dulu masa budak-budak saya terasa orang cakap muka saya anak pungut, tetapi bila besar adik-beradik saya pun cakap muka saya macam lain dari adik-beradik lain.
Kadang wajah ini kita ikut datuk nenek yang dulu-dulu.
Sumber: Instagram