Pada Jumaat lalu, media melaporkan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.7 pada skala Richter dikesan di barat daya pulau Jawa di Indonesia.
Artikel Berkaitan: Vida & Iqbal ‘Berperang’ Sebab Gegar Vaganza, Bongkar Rahsia Tanggung Dari Zaman Sekolah Lagi – ‘Dasar Kacang Lupakan Kulit!’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Bercakap Apa-Apa Pun, Kerana Saya Fikirkan Dia Hanya Peminat’ – Rossa
Pengalaman pertama
Usahawan kontroversi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli yang kini menetap di Jakarta, Indonesia berkongsi detik cemas sewaktu merasai sendiri kejadian gempa bumi.
Menurut Iqbal, ketika gegaran berlaku dia sedang nyenyak tidur di dalam bilik penginapan sebuah hotel dan hanya disedari selepas dikejutkan oleh kawan dan pembantu rumah.
Pengalaman pertama merasai gempa bumi yang baru sahaja berlaku di sini tadi (Jumaat). Tempat yang lebih tepat berlaku di Serang, Banten.
Kencang. Gegaran pertama, saya sedang tidur lalu dikejutkan oleh kawan dan pembantu rumah. Saya satu-satunya penginap di bangunan hotel ini.
Tiada orang lain yang sewa di sini selain saya. Saya di tingkat paling atas. Gambar di dinding hampir jatuh. Lif bergoyang, air berkocak.
Tak berani tidur seorang
Bercerita lebih lanjut, Iqbal, 27, memberitahu selepas setengah jam dia masuk ke rumah, dia merasai gegaran yang kedua dan terpaksa keluar ke tingkat bawah semula.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hujan akui tidak berani untuk tidur lena biarpun sudah tidak ada gegaran lagi.
Semua staf di sini berkumpul di bawah. Mereka turun guna tangga sahaja. Saya turun guna lif, lampu lif tertutup dan terbuka setiap detik.
Selepas setengah jam, saya kembali masuk rumah. Sekali lagi bergoyang. Cepat-cepat saya tarik kawan dan pembantu rumah turun ke bawah lagi.
Sekarang semua baik-baik sahaja. Cuma malam ini saya tidak berani tidur sendirian. Mungkin tidak boleh tidur nyenyak. Kita doakan sahaja semoga di daerah Serang baik-baik saja.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi berpusat di luar pesisir Provinsi Banten itu tidak berpotensi mengakibatkan tsunami.
Namun, gegaran kuat dirasai sehingga Jakarta, yang menyebabkan orang ramai lari meninggalkan bangunan dan premis kediaman.
Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli