berita

Wajib Singgah! – BIG HEALTH FAIR Tawar Pelbagai Barangan Kesihatan Serendah RM1!

September 23rd, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Admin yakin korang mesti suka sale, betul tak? Nak-nak kalau sale barangan kesihatan macam supplement dan skin care. Memang laju nak serbu. Kalau boleh nak beratur dari pagi sebab nak grab barangan yang diinginkan dengan harga terbaik daripada pasaran. Kan? Kan?

Bakal berlangsung pada 26 hingga 29 September ini, korang kena datang ke karnival kesihatan terbesar di Petaling Jaya, iaitu BIG HEALTH FAIR anjuran Big Pharmacy! Karnival ini menawarkan pelbagai pilihan barangan kesihatan dengan diskaun sehingga 90%! Wow sangat!

Tawarkan produk kesihatan sehingga 90% diskaun!

Bakal berlangsung selama 4 hari, BIG HEALTH FAIR kali ini sangat mengujakan. Bayangkanlah ada lebih 250 brand yang turut serta dalam acara yang julung kali diadakan ini. Korang nak cari makanan kesihatan, makanan tambahan, kolagen, ubat-ubatan semuanya ada di sini.

Yang penting korang boleh nikmati diskaun sehingga 90% dan harga yang cukup murah bagi produk terpilih melalui tawaran flash deals. Jangan terkejut kalau jumpa produk kesihatan serendah RM1.

Rebat tunai daripada jenama terpilih! Ada health screening jugak.

Istimewanya untuk karnival kesihatan kali ni, korang akan dapat rebat tunai daripada jenama-jenama terkemuka yang terpilih. Untung membeli masa-masa macam ni, sebab korang boleh berjimat. Oh ya! Diorang juga ada buat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA.

Jadi, jangan tak datang tau. Masa ni la korang boleh check tekanan darah, keadaan gula dalam darah, tinggi ke tak gula dalam badan tu dan sebagainya.

Bagi 50 pelanggan terawal setiap hari, korang boleh beli telur (10 biji) hanya pada RM1.

Boleh derma darah & rambut untuk bantu mereka yang memerlukan!

Bagi korang yang nak derma darah dan rambut ni la kesempatan terbaik yang korang ada. Moga-moga dengan amal yang kita buat tu, ada orang lain yang terima manfaatnya.

Jangan lupa untuk dengar health talks yang disampaikan oleh pakar kesihatan dan doktor. Banyak ilmu yang korang boleh dapat. Kalau ada sebarang soalan ni la masa terbaik untuk bertanya. Face to face gitu.

Berikut adalah tarikh khusus bagi program derma darah dan rambut:

Derma darah: 26 September 2019, 12PM – 5PM.

Derma rambut:28 September 2019, 3PM – 6PM.

Ini aktiviti lain yang korang wajib join!

Lebih awesomeBIG HEALTH FAIR kali ni ada demonstrasi masakan. Masakan sihat tau! Boleh la nanti korang masak untuk keluarga korang. Sebelum admin terlupa, ada jugak pertandingan mewarna, kelas yoga dan zumba secara PERCUMA untuk korang.

Tarikh admin share dekat bawah ye:

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak: 29 September 2019, 3PM – 5 PM.

Kelas Zumba & Yoga: 26 – 28 September 2019, 7PM – 8PM.

Ha! Apa lagi yang korang tunggu? Jom la datang ke BIG HEALTH FAIR kali ni! Lock date korang tau bermula dari 26 hingga 29 September ni. Kalau boleh bawak satu keluarga, ajak saudara-mara, dan rakan sekerja ye. Dijamin korang akan dapat harga yang super murah.

**Tertakluk pada terma & syarat

BIG HEALTH FAIR

Tarikh: 26 hingga 29 September 2019

Masa: 10 pagi -10 malam

tempat: Level 5, Exhibition Hall, Starling Mall

SKIP THIS AD ×