Bagaikan tidak percaya wanita ini sudah berkahwin! Itu perasaan kami saat pertama kali melihat kecantikan dan keayuan Mrs World Malaysia 2019 ini.
Menerusi laporan Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Kokilam Kathirvailu, telah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Mrs World 2019 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini. Tahniah!
Perlu capai impian
Menurut Kokilam, setiap wanita yang sudah berumah tangga perlu mencapai impian yang mereka dambakan sewaktu mereka masih bujang. Kehidupan sebagai isteri dan ibu, bukan penghalang buat dirinya untuk berjaya dan memperkasakan kaum wanita yang lain.
Dengan memenangi pertandingan ratu cantik ini, saya mahu menjadi contoh, iaitu seseorang wanita yang baru berkahwin, kehidupan mereka tidak berakhir. Harus menaruh harapan besar dan capailah impian itu.
Wanita yang berkahwin sama ada seorang wanita yang berkerjaya atau bergelar ibu, tidak harus tinggal di rumah dan harus belajar pelbagai tugas.
Bersaing dengan 36 peserta negara lain
Ibu kepada tiga orang anak ini harus bersaing dengan 36 orang peserta dari negara lain. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini menganggap, kemenangan yang diperoleh merupakan penghormatan buat dirinya dan negara kerana buat julung kalinya Malaysia berjaya ke kelompok 3 teratas.
Menurut Pengarah Nasional Mrs Malaysia World, Datin Harveen Kaur, pencapaian wanita tersebut merupakan perkara yang luar biasa kerana dia berjaya membahagikan masa antara rumah tangga dan tanggungjawab.
Ucapan Kokilam
https://www.instagram.com/p/BxILmp4nzZ0/
Menerusi Instagram Kokilam, dia mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang menyokongnya sepanjang pertandingan tersebut berlangsung. Kemenangan yang diperoleh merupakan hadiah bersempena hari ulang tahun kelahirannya. Buat rakan-rakan seperjuangan, memori bersama mereka tidak akan pernah dilupakan. Perasaan tidak sabar untuk pulang ke Malaysia turut dizahirkan olehnya.
Sumber: Berita Harian & Kokilam