berita

‘Walau Perit Dugaan Dihadapi, Saya Hanya Mampu Telan & Senyum’ – Ismail Izzani

September 11th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Ismail Izzani

Umum mengetahui, nama penyanyi Ismail Izzani sering terpalit dengan kontroversi namun, tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: ‘Bidang Lakonan Tidak Sesuai Dengan Saya, Tak Ada Masa Nak Cipta Lagu’ – Ismail Izzani

Pengalaman yang mendewasakan Ismail

Ismail Izzani

Ketika ditemui OhBulan! Mail atau nama sebenarnya Ismail Izzani, menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dalam hidupnya sebaliknya menganggap sebagai pengajaran untuk menjadi manusia lebih baik.

Menurut penyanyi yang berusia 23 tahun itu, dia hanya mampu menerima segala kecaman yang dilemparkan dengan senyuman, biarpun ia bukan sesuatu yang mudah.

Disebabkan saya pilih jalan ini, walau perit macam mana dugaan dihadapi, saya telan sahaja. Sama ada orang suka atau tidak, tak perlu untuk saya lawan atau jelaskan kerana setengah orang tidak berminat untuk mendengar penjelasan. Jadi, saya hanya mampu telan dan senyum.

Apapun, saya tak ambil peduli sebab saya berdiri hari ini sebab muzik. Banyak lagi perkara yang ingin saya terokai. Lagipun, jika satu-satu masalah nak berlaku, ia akan tetap berlaku dan saya tak boleh lari. Saya hanya boleh bangkit dan terus berjalan kehadapan.

Bagaimanapun, saya berharap agar dapat kurangkan kontroversi kerana apa yang saya lalui selama ini sangat berat dan masih berjuang.

Saya tak nak janji apa-apa, tetapi cuba menjadi lebih baik.

Ismail berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 di Z Botanica, 1 Utama pada Rabu.

Dalam pada itu, Ismail memaklumkan bahawa dia bakal membawa empat buah lagu untuk konsert tersebut yang akan berlangsung pada 23 November 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket Konsert Patah Hati 2.0 sudah mula dijual dengan harga bermula RM185 (Malam Ini Kita Punya) RM269 (Luar Biasa Sakit) RM299 (Purnama) & RM5,000 (VIP Box).

Tawaran menarik juga disediakan untuk ‘early bird’: Free Standing (Malam Ini Kita Punya) RM179, Normal Seating (Luar Biasa Sakit) RM259 dan Premium Seating (Purnama) RM285).

Tiket boleh dibeli menerusi lawan sesawang www.ticket2u.com.my.

SKIP THIS AD ×