berita

Konsert Patah Hati 2.0 Temui Peminat Pada 23 November Ini, Segera Rebut Tawaran ‘Early Bird’!

September 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

konsert patah hati

Konsert Patah Hati 2.0 bakal kembali pada 23 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur setelah mendapat sambutan luar biasa ketika penganjuran konsert yang sama pada Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Noh Salleh, Ernie Zakri & Naim Daniel Gamatkan Konsert Patah Hati

Konsert sekuel

konsert patah hati

ANS Diversified Sdn Bhd sekali lagi membawa Konsert Patah Hati 2.0 dengan menampilkan barisan penyanyi terkenal iaitu Bunkface, Ismail Izzani, Nadeera, Neeta serta dua bintang Patah Hati sebelumnya, Aisha Retno dan Naim Daniel.

Menurut Pengarah Projek, Ahmad Faizal Zulkipli berkata Konsert Patah Hati 2.0 telah mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia melalui My Creative Ventures.

Pertama kali saya amat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang menyaksikan Konsert Patah Hati pada Mac lalu.

Sambutannya sangat hebat sehingga ramai tidak puas dan meminta ia dianjurkan lagi. Jadi sebagai memenuhi permintaan semua, ANS Diversified kini kembali bersama konsert sekuel pada 23 November ini.

Dengan barisan artis Bunkface, Naim Daniel, Ismail Izzani, Neeta, Aisha Retno dan Nadeera, kami jemput semua peminat menempah tiket mulai 6 September jam 5 petang. Kombinasi artis solo dan berkumpulan dikekalkan kerana formula ini digemari oleh semua penonton.

Faizal berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsert itu di Z Botanica, 1 Utama semalam.

Turut hadir pada sidang media ini adalah Puan Nornajwa Noor Shahhidin, Pengurus Kanan Geran MyCreative Ventures.

Dalam pada itu, konsert ini juga bakal mengetengahkan tema Neon pada malam persembahan. Tema Neon dipilih kerana ia menggambarkan cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre-genre muzik yang bakal ditonjolkan oleh enam-enam artis tersebut.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket Konsert Patah Hati 2.0 dengan harga bermula RM185 (Malam Ini Kita Punya) RM269 (Luar Biasa Sakit) RM299 (Purnama) & RM5,000 (VIP Box).

Tawaran menarik juga disediakan untuk ‘early bird’: Free Standing (Malam Ini Kita Punya) RM179, Normal Seating (Luar Biasa Sakit) RM259 dan Premium Seating (Purnama) RM285).

Tiket boleh dibeli menerusi lawan sesawang www.ticket2u.com.my.

SKIP THIS AD ×