Berita perceraian yang dimumukan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dengan isteri, Datin Nina Ismail Sabri semalam telah mengejutkan ramai pihak.
Artikel Berkaitan: Jovian Mandagie & Nina Ismail Bercerai, Janji Berkawan Sampai Akhir Hayat
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Yang Dah Menyumpah Saya Lain Kali Selidik’ – Jovian Mandagie Perjelas Isu Mask Hauk & SIRIM
Boleh guna Netflix
Menerusi hantaran di Instagram, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berpisah secara baik.
Menurut Jovian, mereka akan kekal sebagai sahabat selain menjadi ‘co-parenting’ demi kebahagian puteri tunggal, Jeanelle Nika Mandagie, 6.
Sementara itu, menerusi hantaran sama, Nina dilihat meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan bekas suaminya masih boleh menggunakan akaun aplikasi Netflix miliknya.
Dalam nada bergurau, Jovian turut membalas komen tersebut dengan mengatakan dia juga mahu bekas isteri menaja produk mandian jenama miliknya kepada dia sepanjang hidup.
Rata-rata netizen yang membaca komen tersebut meluahkan rasa terhibur dengan gelagat mereka.
Sekadara info, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Sumber: Instagram