
Pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud turut terkesan dengan kejadian menyayat hati yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazlina Ahmad Daud Dedah Pernah Diludah Gara-Gara Watak ‘Halijah’ – ‘Dah Tak Nampak Diri Saya Yang Sebenar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Adik Zara Masih Utuh Meskipun Sudah 23 Hari Dikebumikan
Ramai sayang
Menerusi perkongsian Hot FM di Instagram, proses bedah siasat mangsa iaitu Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah selesai dan dibawa pulang ke persemadian terakhir di Sipitang, Sabah.
Pada video berdurasi selama seminit itu, dilihat semangat solidariti yang kuat antara orang awam yang turun bersama-sama membela nasib Zara.
Susulan itu, pelakon veteran iaitu Fazlina turut meluahkan rasa sebak melihat pemergian Zara yang ditangisi ramai.
Anaknda Zara Qairina, Walaupun kau membesar sebagai anak tunggal tapi kini Allah hadirkan jutaan ayah, ibu, abang, kakak dan adik-adikmu yang akan membela dan menyayangimu tanpa syarat.
Terdahulu, proses penggalian semula kubur arwah Zawa berakhir pada pukul 7.15 malam, Sabtu.
Tindakan itu dibuat susulan arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan bedah siasat dijalankan yang dijangka akan dilakukan pada jam 9 pagi hari ini.
Sekadar info, Zara Qairina yang baru berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Sumber: Instagram @hotfm976





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

