berita

Walaupun Kes Covid-19 Makin Teruk, Masih Ada Rakyat Malaysia Bangga Tayang Tiket Flight

March 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung memberi impak buruk kepada sektor pelancongan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Namun, dalam usaha mengekalkan perniagaan banyak syarikat-syarikat penerbangan kini membuat jualan tiket ‘super jimat’ dimana harga tiket tersebut adalah jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

Terbaru, seorang pengguna Twitter ada berkongsi tentang sikap salah seorang rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk melancong ke luar negara dan langsung tidak memikirkan risiko kesihatan mereka meskipun negara kini sedang dilanda penularan wabak maut ini.

Bangga pergi Korea

 

Menerusi perkongsian di laman Twitter milik gadis ini, memaparkan seorang pengguna Facebook yang telah memuatnaik foto dua tiket penerbangan ke Seoul, Korea bertarikh 18 Mac 2020. Pasangan suami isteri ini dikatakan telah lama memasang impian untuk bercuti ke negara tersebut. Sementara itu, menerusi kapsyen tersebut si isteri berharap agar perjalanan mereka ke destinasi tersebut selamat dan berjalan dengan lancar.

Niat wanita ini hanya untuk berkongsi kegembiraan namun sebaliknya pula yang berlaku apabila dia dikecam teruk oleh netizen gara-gara sikapnya yang kurang sensitif dengan keadaan yang melanda negara.

‘Mati itu pasti’

‘Penduduk Malaysia banyak bawa virus’

Sementara itu, salah seorang pengguna Twiiter yang lain turut berkongsi perbualannya bersama si isteri berkenaan. Menurut gadis ini, tindakan pasangan ini hanya mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan diri dan orang lain. Malah, sekiranya mereka pulang ke Malaysia, pasangan ini berpotensi sebagai pembawa virus maut itu dimana ianya boleh menjangkiti orang sekeliling.

Dengar arahan KKM

Menurut gadis ini, dengan keadaan negara sekarang rakyat Malaysia kini sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya wabak Covid-19 ini dapat ditangani dengan segera. Tambahnya lagi, melancong ke luar negara boleh menyebabkan diri berisiko dijangkiti Covid-19.

Batal perjalanan

Difahamkan, pasangan ini telah pun membatalkan penerbangan mereka ke Seoul, Korea pada malam tadi (18 Mac 2020). Menurut si suami, dia berharap agar kes ini tidak dipanjangkan lagi dan meminta orang ramai agar berhenti mengecam dia dan isteri.

 

Memang cari penyakit

Perkongsian tersebut telah medapat perhatian daripada netizen. Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa geram dan berang terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Malah, mereka juga menyifatkan pasangan ini sebagai individu yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×