berita

‘Walaupun Main-Main, Tetap Haram’ – Pendakwah Bebas Jawab Isu Aplikasi FaceApp

June 22nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa minggu ini, aplikasi FaceApp seakan-akan sudah menjadi satu trend dalam kalangan pengguna media sosial. Aplikasi ini berfungsi untuk menyunting gambar wajah lelaki kepada perempuan dan juga sebaliknya.

Terbaru, beberapa orang pendakwah bebas iaitu Dr Nur Mohammad Hadi dan Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya ada menjelaskan hukum penggunaan aplikasi tersebut.

Mengaibkan diri sendiri

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Al-Hijrah, Dr Nur Muhammad Hadi memberitahu tindakan mengubah wajah kepada jantina berlainan dan menyebarkannya adalah haram di sisi agama.

Bukan itu sahaja, walaupun ianya hanya sekadar gambar tetapi tindakan tersebut akan mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim sekaligus ianya bertentangan dengan fitrah manusia.

Kita menggunakan aplikasi ini daripada seorang lelaki bertukar menjadi seorang perempuan. Dan fitrah kita lelaki Allah jadikan kita lelaki tiba-tiba kita pergi tukar kepada perempuan dan pergi sebarkan pula di media sosial. Jadi menampakkan keaiban kita daripada muka kita lelaki bertukar perempuan atau perempuan bertukar lelaki, itu hukumnya haram.

Tambahnya lagi, walaupun gambar tersebut disunting untuk simpanan peribadi tetapi ianya masih termasuk dalam perbuatan yang dibenci di sisi agama.

Hukum tasyabbuh adalah haram

Sementara itu, PU Syed Bakri Al-Yahya menjelaskan bahawa hukum Tasyabbuh iaitu menyerupai jantina lain walaupun hanya sekadar gurauan adalah haram. Beliau juga berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW berhubung dengan tindakan Tasyabbuh tersebut.

Dalam kesempatan itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan gaya hidup orang kafir sebaliknya belajar dan bertanyalah kepada mereka yang berilmu.

Sumber: Berita Al-Hijrah, PU Syed Bakri AL-Yahya

SKIP THIS AD ×