berita

‘Walid Tak Kuat, Kalau Kamu Masih Ada…’ – Sentuhan Emosi Ali Puteh Buat Juri Menangis

January 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bergelar juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2019), kumpulan Puteh membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500,000 beserta trofi. Mengenepikan 4 kumpulan yang lain, lawak yang disampaikan Puteh lebih ‘menjadi’ kerana ada sentuhan emosi.

Bercakap mengenai persembahan kedua yang membuatkan juri menangis, Ali Puteh menerusi Media Hiburan memberitahu ada berbincang dengan ahli kumpulan yang lain mengenai persembahannya itu.

Kalau kamu masih ada…

Katanya, dia ada berbincang dengan ahli lain mengenai suntikan emosi yang diberikan pada penghujung persembahan kedua mereka malam tadi. Dia mendedikasikan persembahan ‘Kenduri’ untuk arwah anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, yang meninggal dunia November lalu akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Anak saya meninggal pada minggu kelima pertandingan, tapi saya simpan mengenai hal itu. Bermula dari minggu kelima, saya cakap tolonglah saya tak mahu ‘main’ langsung atau isu melibatkan arwah. Anak saya meninggal dunia pada Selasa dan Jumaat saya masih teruskan persembahan.

Saya tak mahu isu ‘kesian’. Saya tak nak langsung sebab kita berada di pentas komedi. Orang hanya mahu ketawa, kalau kita sajikan dengan perkara itu ia ibarat satu benda klise yang menampakkan kita cuba tarik perhatian.

Sebak

https://www.youtube.com/watch?v=Bdylt6eJWXA

Saya tak ada beritahu apa content yang bakal dibuat, selalunya dia tanya. Cuma di belakang pentas saya cakap, ada suprise tau malam ni. Lepas selesai persembahan dia jumpa dan saya terus peluk dia. Saya cakap inilah yang saya cuba ketengahkan, insyaAllah.

Malah, isterinya sendiri tidak diberitahu mengenai content yang akan dipersembahkan. Dia hanya beritahu malam ini ada ‘kejutan’.

Sumber : Media Hiburan , Youtube

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×