Pelakon veteren, Wan Maimunah akui merasakan kesepian menyambut hari raya Aidilfitri tanpa hadirnya seorang suami.
Artikel Berkaitan: Wan Maimunah Sedih, Ditawar RM200 Berlakon Telefilem
Artikel Berkaitan: Terpaksa Mengemis Hak Sendiri, Wan Maimunah Dapat Bayaran Tak Setimpal Hasil Kerja
Artikel Berkaitan: Video Terima Bantuan Disalah Erti, Wan Maimunah Mohon Henti Kecam Seniman
Syukur dikelilingi orang baik
Menerusi laporan Kosmo, Wan Maimunah atau nama penuhnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik untuknya.
Tambah pelakon air mata itu, umur yang sudah meningkat dan tidak memiliki ‘peneman’ membuatkan dirinya risau jika mengalami masalah kesihatan seorang diri.
Kalau ada suami, sudah tentu bila sakit, dia akan jaga makan minum pakai kita. Itupun kalau dapat pasangan yang baik. Seseorang yang tahu untuk menghargai baik buruk kita.
Sudah tentu saya rindu untuk bersuami tapi itu tidak bermakna saya perlu termenung dan menunggu lelaki sesuai yang ingin berdamping dengan saya.
Walau bagaimanapun, Wan Maimunah, 65, redha jika tidak dikurniakan seorang suami dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Buat apa nak rasa sunyi sangat. Nanti mati seorang diri juga di dalam kubur. Segala harta, kasih sayang bersama orang lain akan dipisahkan dengan kita.
Beraya dengan anak angkat
Apabila ditanya tentang lokasi raya tahun ini, Wan Maimunah memaklumkan akan ke rumah anak angkatnya, Ita di Ijok, Kuala Selangor.
Katanya, Ita memberi layanan seperti darah daging sendiri dan membuatkan dirinya bersyukur dengan hal tersebut.
Saya ini menumpang kasih orang. Saya akan berada di Ijok kebanyakan masa. Kalau Ita balik Negeri Sembilan, saya akan ikut sekali kalau dipelawa. Itu sahajalah rutin raya sekarang.
Bila semakin berumur ini, kita tengok orang senyum bahagia, kita pun ikut rasa sekali walaupun perasaan itu bukan milik kita sepenuhnya. Kita tumpang orang punya bahagia walaupun hanya dengan melihat.
Dalam pada itu, Wan Maimunah meluahkan rasa syukur dengan kesihatan yang dikurniakan buatnya walaupun sudah berusia.
Sekadar info, Wan Maimunah sempat bertahan selama dua tahun sebelum berpisah dengan pasangannya iaitu seorang pengusaha makanan dari Johor pada Disember 2013.
Sumber: Kosmo