
Personaliti media sosial dan usahawan, Cik B mempunyai matlamatnya yang tersendiri setelah menyertai program realiti Talk To My Manager (TTM) musim kedua.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terima Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat’ – Vida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV & Leona Mesra Menari, Kapsyen Cik B Raih Sebak – ‘Di Kehidupan Lain, Saya Akan Jadi Anak Perempuan Yang Mama Impikan’
Cik B banggakan DSV

Ketika ditemui OhBulan!, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, memaklumkan bahawa penyertaannya di dalam program itu adalah untuk membanggakan ibu tercinta, Datuk Seri Vida.
Menurut Cik B, dia juga tidak mengejar wang kemenangan, malah yakin dengan potensi diri sendiri.
Kalau pemenang dapat RM30,000, saya tak mahu pun. Saya hanya nak melihat mama saya bangga.
Sebab RM30,000 itu mama saya boleh je transfer. Saya cuma nak rasa bangga kalau dapat jadi juara.
Saya rasa saya bukan sekadar penyeri, tetapi saya ada potensi untuk pergi lebih jauh.
Cik B berkata demikian ketika ditemui pada sidang media TTMM yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Turun berat badan

Dalam masa yang sama, Cik B berhasrat untuk memanfaatkan penyertaannya dalam program tersebut sebagai langkah ke arah menurunkan berat badan.
Cik B berkata, menerusi aktiviti yang dijadualkan oleh pihak produksi program, dia dapat meluangkan masa dengan lebih baik.
Matlamat saya nak turun berat badan, maksudnya saya mahukan aktiviti harian. Masuk ke kelas vokal, kelas tarian dan aktiviti brainstorming.
Kalau tak saya akan hanya terperap dekat rumah dan main game.
Saya nak turunkan berat badan sehingga 80 kilogram. Jadi saya akan lebih tampil yakin, tiadalah rasa mengah lagi.
Untuk info, selain CIk B dan Vida, program ini menampilkan sembilan lagi peserta lain iaitu Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Adira & Anggrek, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Azad Jazmin & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.







![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)
