Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah menahan seramai lima orang anggota polis yang terdiri daripada tiga pegawai dan dua anggota polis.
Artikel Berkaitan: SPRM Bekukan Hampir RM75 Juta Wang Haram ‘Geng’ Macau Scam, Kereta & Kediaman Mewah Disita
Lebih mengejutkan apabila wang bernilai RM100,000 juga ditemui di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan.
Sindiket ‘cuci duit’
Menerusi laporan yang dipetik daripada Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penahanan mereka adalah bertujuan untuk membantu siasatan berhubung sindiket ‘cuci duit’ yang dikaitkan dengan perniagaan golongan artis tempatan.
Setakat ini, hanya lima anggota polis ditahan manakala siasatan kes ini (sindiket ‘cuci duit’) saya serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya, sindiket ‘cuci duit’ ini mempunyai kaitan dengan penipuan Macau Scam. Malah, mereka yang terlibat ini turut disyaki menggunakan taktik kotor untuk memerangkap artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui wang tunai berjumlah RM100,000 di kediaman salah seorang pegawai polis yang telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes sindiket terbabit.
Sumber: Bernama, Sinar Harian