berita

Wang Simpanan Azim RM45,000 Hilang Kerana Dipukau

October 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Simpanan pelakon Azim Yusof sebanyak RM45,000 lenyap selepas beliau menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau ‘phone scam’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Buat Laporan Polis, Scammer Guna Nama Tipu Orang Ramai – ‘Ada Yang Dah Kena RM60k’

Artikel Berkaitan: Zynakal Kena Tipu, Bekas Pengurus Songlap Lebih RM200k

Seolah-olah dipukau

Menerusi laporan Harian Metro, Azim seolah-olah sedang dipukau ketika kejadian berlaku kerana dia mengikut segala arahan individu tidak dikenali itu sehingga membuat dua transaksi tanpa ada sedikit bantahan.

Ketika menerima panggilan telefon itu malam tadi saya seperti dipukau apabila mengikut segala arahan individu terbabit sehingga membuat transaksi ke mesin pengeluaran automatik (ATM).

Saya hanya tersedar selepas saya pulang ke rumah dan mendapati duit simpanan saya ‘lenyap’ semuanya. Ketika kejadian itu saya membuat dua transaksi iaitu melalui ATM dan online.

Nak kumpul duit sebanyak itu dalam keadaan tawaran lakonan yang tidak menentu bukan senang. Sampai sekarang saya masih buntu dan hilang arah.

Saya yakin saya dalam keadaan tidak sedar kerana saya sedia maklum dan sering membaca berita mengenai individu yang menjadi mangsa Scammer ini.

Menurut Azim, dia telah membuat satu laporan polis malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor.

Tambahnya lagi, kejadian yang berlaku kepadanya hampir sama dengan kebanyakan mangsa-mangsa lain.

Saya dihubungi individu yang mendakwa dari Pejabat Pos Laju dan memaklumkan terdapat bungkusan dari Perlis ke Sarawak.

Individu itu memberitahu terdapat bungkusan yang tertera gambar dan kad pengenalan saya.

Kemudian saya disambungkan kepada polis selepas didakwa terbabit dalam penggubahan wang haram dan perlu melunaskan RM45,000 bagi menyelesaikan masalah itu.

Walaupun agak mustahil untuk mendapatkan wangnya kembali, namun Azim masih meletakkan harapan.

Itu saja duit yang saya ada. Nak terima hakikat dalam keadaan sekarang memang agak mustahil.

Saya hanya mampu berdoa dan berharap ada pihak yang dapat membantu saya ketika ini. Jika ada cara untuk mendapatkan duit ini kembali tolong hubungi saya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×